Tentang Gemilang 30 Auto

Lebih dua dekad di Nibong Tebal, Pulau Pinang — jual beli kereta terpakai, insurans & cukai jalan, dan urusan JPJ yang telus.

Siapa Kami

Gemilang Tiga Puluh Auto mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1997 oleh Tuan Haji S.Kamaruzaman bin Othman atau lebih dikenali sebagai Haji Kamal bersama isterinya Puan Hajah Rozi Hasyani binti Dato’ Mohd Hashim Nordin. Nama Gemilang Tiga Puluh Auto diambil sempena umur Tuan Haji Kamal yang mana pada ketika itu adalah 30 tahun. Kini, syarikat Gemilang 30 Auto telah melalui 29 tahun pengalaman dalam urusan jual beli kereta, insurans dan cukai jalan di seluruh Malaysia. Syarikat juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang tempoh operasi seperti Anugerah Ke-3 Perunding Jualan Kereta Terbaik Malaysia di bawah Bumiputera Commerce Bank dan Anugerah Ejen Insurans Terbaik di Utara di bawah Etiqa General Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas. Setiap kereta yang masuk ke showroom kami diperiksa oleh juruteknik berpengalaman sebelum dipamerkan. Kami juga membantu urusan pinjaman, trade-in, pendaftaran dan pindah milik supaya proses beli kereta anda mudah dan telus. Insurans dan cukai jalan juga boleh diperbaharui dengan kami dengan pilihan harga yang murah dan berpatutan dengan bayaran secara ansuran dan tunai.

  • Lebih 8,000 kereta berjaya dijual
  • Servis insurans & cukai jalan sejak 1997
  • 100% kereta diperiksa sebelum jual

Apa Yang Kami Sediakan

Servis pakej untuk supaya urusan kereta dan insuran anda berjalan lancar.

Servis Kami 01

Apa Yang Kami Jual dan Urus

Servis utama kami yang menjadikan anda tenang sejak tahun 1997.

  • Membeli dan menjual kereta terpakai
  • Pembaharuan insurans & cukai jalan kenderaan
  • Penukaran hak milik kenderaan
  • Puspakom & perbaharui lesen memandu
  • Insurans bangunan
  • Urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Pencapaian Kami 02

Senarai Pengiktirafan

Pengiktirafan dari pihak bank dan industri insurans sepanjang perjalanan kami.

  • Member of Etiqa Prestige Club Ultra Member 2026
  • Elite Award of Takaful Ikhlas 2026
  • Anugerah Bank Bumiputra Commerce (2003): Tempat Ke-3 Perunding Jualan Kereta Terbaik di Malaysia
  • Anugerah Etiqa Takaful Berhad (2019, 2020, 2021, 2022): Tempat Pertama Ejen Jualan Insurans Terbaik di Utara
  • Anugerah Etiqa Takaful Berhad (2019, 2020, 2021, 2022): Tempat Pertama Ejen Jualan Insurans Terbaik di Utara

Visi & Misi

Apa yang kami kejar dan bagaimana kami melaksanakannya setiap hari.

Visi

Menjadi pilihan kereta terpakai yang dipercayai

Menjadi sebuah syarikat jual beli kereta terpakai dengan harga berpatutan dan memudahkan urusan pemilikan kereta untuk pelanggan.

Misi

Bagaimana kami memenuhinya

  • Memberikan pengalaman baik kepada pelanggan untuk pemilikan kereta terpakai dengan menyediakan kereta terpakai dalam kondisi terbaik bagi menjamin kepuasan pelanggan.
  • Menjadi ejen insurans dan cukai jalan yang paling efisen dan berinformasi untuk pelanggan.
  • Memberikan info dan pemahaman sebaik mungkin untuk kepuasan pelanggan dengan menyediakan servis pantas demi kelancaran urusan pelanggan.

Sedia membeli kereta seterusnya?

Kami ada stok terbaru, bantuan pinjaman, dan urusan pindah milik yang sedia ditangani.

Nak Tanya Pasal Kereta dan Insuran Roadtax ?

hubungi kami, staff kami bantu dari A-Z hingga selesai

WhatsApp 601110717108